Garu-garu masih lagi gatal. Aduh -.-
Bagaimana ingin menghilangkan bunga yang gatal?
Ya ya, tadi aku pertama kali makan nasi koboi. Licin, sehinggakan sambal belacan pun licin. Aku jarang makan sambal belacan, sejak akhir-akhir ini saja aku makan. Mungkin kerana terikut teman-teman yang lain makan, nampak berselera. Tadi memang perut aku kosong, sebab itulah aku kempunan nak makan nasi koboi kerana telur dadarnya yang besar membuatkan gigi aku memanggil-manggil untuk mengunyah.
Aku rindu dengan kekasih sebenarnya (masam mencuka)
Surat untuk kekasih :
Sayang...I nak cium bau ketiak you lagi. Nak cium bau masam kat tepi telinga you lagi.
-cut-
Semalam lagi sekali aku dapat mimpi yang agak mengerikan. Mengerikan itu juga yang menyakitkan hati aku. Lagi sekali Safuan muncul dalam mimpi, dan kali ini dia berebut aku dengan kekasih dan lagi seorang senior Lokman. Tetapi aku pergi pada Safuan kerana kekasih curang dengan aku dulu (gelak macam haram)
Bila sampaikan pada kekasih, dia membuat spekulasi bahawa aku ada potensi untuk curang. Sedangkan mimpi itu hanyalah mainan tidur.
Bunga aku masih gatal. Macam mana?
No comments:
Post a Comment