Aku membuat keputusan dengan padamkan segala sejarah aku bersama orang yang tidak disenangi oleh kekasih juga gambar-gambar yang tidak menyenangkan hati kekasih.
Nak tahu berapa banyak yang aku padam?
61 post aku sudah padam.
Ini semuanya berkaitan dengan sejarah aku dengan orang lain serta-serta gambar yang tidak menyenangkan hati kekasih. Dia tidak minta untuk berbuat begitu, tetapi aku yang menginginkan.
Semalam entah kenapa berbicara di depan MidValley hingga tengah pagi terlalu menyeronokkan walaupun pada masa itu topik kami memang berbisa dan menyakiti hati masing-masing. Menyeronokkan kerana berlaku jujur, dan akhirnya masing-masing tahu bahawa masing-masing saling menyayangi dengan terlalu mendalam.
Aku tak menyesal dengan padam sejarah lama, kerana aku ikut cakap mummy.
M : Kakak serius lah dengan Wanfi. Tak perlu lah nak jumpa *toot* lagi ke, nak mesege ke apa. Jag hati pasangan sendiri
Baik lah,aku buat keputusan. Dulu aku tak macam ni.
Minggu ni banyak juga duit yang keluar walaupun rezeki aku murah manapun. Kerana photostate macam-macam sampaikan duit pun melayang dengan tidak perasan. Aku memang boros lah.
Masa aku padam-padam sejarah lam, bila baca kembali agak lucu. Biarkan benda itu jadikan pengalaman. Aku memang kebudak-budakan.
Macam pelik kan sebab anonymous yang terkenal yang sering memberikan kritikan panas tiba-tiba hilang bila aku perkatakan tentang dia dalam entri-entri yang lepas.
Makin lama kekasih ingin pergi, makin itu keluar kejujuran yang keluar dari mulut. Makin itu lah perasaan bercampur baur dengan kerisauan. Dia yang lebih merisaukan keadaan aku di Puncak tanpa dia nanti. Jangan khuatir. Selagi cinta aku masih kuat, selagi itulah aku tetap bersama.
Makin hari makin panas yang melampau. Aku tak tahan lah.
Bye lah, aku harus pulang menyelesaikan masalah yang baru saja timbul dengan kekasih.
1 comment:
buat yang terbaik ya payung...
Post a Comment