http://www.emailcashpro.com

Friday, March 27, 2009

Jerawat

Aku benci jerawat.
Dulu aku berlagak muka aku bersih tak berjerawat. Makan dengan kata-kata. Dapat tompok-tompok bekas jerawat yang hilang. Babi.
Aku benci jerawat.
Paling aku benci bila jerawat tumbuh di hidung. Lagi-lagi belah centre. Jangan ceritalah tentang sakit tu. Lepas tu tumbuh pula di tepi bibir. Tabik habis, bila senyum pun sakit. Geram betul. Sampai aku jilat-jilat hanya menggunakan lidah. Part yang tak boleh blah, bila tumbuh jerawat di tempat sulit atau bontot. Haruk (bayangkan). Weii jangan bayangkan.
Aku benci jerawat.
Bila tumbuh orang mesti tegur. Cuba diam je boleh?
Aku benci jerawat.
Bila orang kata aku terlalu banyak berangan. Memang lah aku banyak berangan pun, tapi takkan lah bila dah hilang satu jerawat, jerawat lain yang timbul. Memang makan saman jerawat ni.
Aku benci jerawat.
Kerana muka aku dipenuhi dengan bekas dan tompok hitam jerawat.
Aku benci jerawat.
Lagi-lagi bila jerawat batu yang menggunung merah. Nak picit memang sakit, macam sakit bersalin. Cannot go punya sakit.
Aku benci jerawat.
Aku tak pakai foundation pun boleh tumbuh juga menatang ni? Aku sentiasa cuci juga muka aku, bukan tak cuci.
Mungkin jerawat kesunyian, jadi dia mesti selalu dengan aku. Dia cintakan aku kot (gelak macam celaka)

1 comment:

omgpetch said...

ahaha. kelakar lah you ni mariana. tu la muke i pon penuh dgn tompok2 hitam bekas jerawat. bayangkan jerawat kat bontot? haha. i dh imagine. oops! dkt tang tgh2 plak tu. ahaha choi! jerawat kesunyian? ehem ehem ehem. ehehehehehhe