http://www.emailcashpro.com

Friday, March 6, 2009

Datang macam ribut pergi macam semut

Kata-kata yang bermakna juga bila aku mendengar. Aku dah banyak kali sakit, tapi masih terkial-kial mencari perkataan yang sesuai. Akhirnya keluar daripada mulut kekasih.

Macam mana boleh keluar?

Kekasih sudah tahu tentang blog ini, dan aku terpinga-pinga mencari bagaimana dia boleh tahu sedangkan aku tidak bersedia untuk memberitahu.

Datang ke dining, aura dia boleh aku rasa. Mata dia tak boleh tipu walaupun dia mengukir senyuman. Walaupun dia masih berkata ok. Macam-macam hint dia cuba sampaikan, aku masih mengelak untuk menyedapkan hati walaupun aku sudah tahu jawapannya. Aku masih dalam keadaan yang tidak percaya. Ya ya, dia sudah tahu. Dia sudah baca. Bukan bulan sekarang, tetapi sejak tahun lepas. Setiap blog dia baca, dan aku tahu dia sakit.

Aku tahu sakit tu macam mana.

Aku bebal kan? Masih lagi menyakitkan hati kekasih, bukan sengaja. Secara tidak sengaja. Tuhan tunjuk satu-persatu tentang aku. Dan makin itu, menyakitkan lagi hati dia. Hati dia, hati aku. Dia sakit, aku lagi sakit. Sakit kerana bersalah. Sakit kerana bebal. Sakit kerana tidak pandai menjaga. Sakit kerana aku masih menyakiti.

Aku bukan sengaja,maafkan aku.

Kisah lama aku simpan, tetapi tidak terbawa ke sekarang.

Maafkan aku kekasih.

Dia sakit, sampaikan mulut aku terkunci rapat untuk meminta maaf. Kerana maaf sudah tiada guna. Maaf sudah tiada erti kerana sudah terjadi. Mulut aku terkunci rapat untuk berterima kasih, kerana dia masih kuat untuk berjumpa dan cuba menggembirakan hati dia. Mulut aku memang terkunci rapat, sampaikan senyum dan pandangan bersalah saja aku dapat tonjolkan. Terlalu lemah kan aku?

Sakit dia, aku tahu bagaimana. Tetapi bagaimana untuk tenangkan,mengambil masa. Kerana aku masih dungu.

Tak habis-habis aku menyakitkan hati orang yang menyayangi aku. Tak habis-habis lagi ke mariana? Kau ni kuat sangat ke ingin menjatuhkan orang.

Bukan! Aku bukan sengaja!

Maafkan aku kekasih untuk kali kedua. Tulisan aku jujur. Dan kejujuran di sini aku tak dapat tapis, kerana di sini sajalah tempat aku mengadu. Aku tidak akan berhenti menulis selagi aku masih bernyawa.

Kau nyawa aku.

Nyawa baru aku. Cinta kau, aku simpan. Kepercayaan kau, aku cuba untuk tidak rosakkan. Sayang kau, aku balas.

Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau.

(tersenyum)

Walaupun aku lemah dari dalaman, aku kuatkan diri aku untuk kau. Kau yang membangkitkan dan menjatuhkan aku. Kau yang menjaga aku sepertimana mummy dan papa menjaga aku. Kau yang bertanggungjawab terhadap aku, sejak keluar kata keramat dari mulut kau semasa melamar aku. Kau yang aku mahu, dan kau milik aku. Aku milik kau.

Moga kau yang terakhir untuk aku. Sama-sama kita cuba kekalkan. Kejujuran itu pedih, tetapi kita dapat menerima kemudian akan menjadi menyenangkan kerana tidak berpadah. Aku tidak suka menipu diri sendiri, apa rasa, aku beritahu. Mungkin dari kata-kata, mungkin dari tulisan, mungkin dari perbuatan.

Disebabkan kau juga, aku berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.

W : Kimie, I tengok you dah berubah. Wanfi pandai jaga you. I nampak dia memang sayangkan you
K : (gelak gedik)
W : Sekarang dia dah pandai kawal you I tengok
K : Kalau lepas ni, 100% dia kawal I, memang terror lah dia.
W : Jangan mainkan perasaan dia
K : I tak akan, dia yang terakhir
W : Janji?
K : Insyallah, masa depan kita tak jangka. Selagi itu kita nak, semua benda boleh jadi.
W : You nak kahwin dengan dia?
K : Mestilah nak

Satu persatu kau pandai mengawal aku.

1) Dari segi pemanduan
2) Dari segi kemarahan
3) Dari segi pemakaian?

Pemakaian?

Dasyat tu. Sedangkan aku tidak suka orang menegur tentang pakaian aku. Aku akan naik melenting. Tetapi bila dengan dia? Semua aku setuju. Sebab mungkin hati aku betul-betul ada dia. Sebab mungkin inilah yang terbaik untuk aku. Memang aku perlu berubah. Kalau ke arah kebaikan tidak apa, asalkan kita menjadi diri kita.

Macam aku cakap, aku tahu dia boleh menjaga aku.

Terima kasih untuk segalanya.

No comments: