http://www.emailcashpro.com

Thursday, March 12, 2009

Bulan

Semalam bila melihat bulan tiada bintang, sayup hati. Kenapa bintang makin menghilang menemani bulan? Hanya awan yang berkepul-kepul putih saja yang melengkapi hidup bulan. Bintang-bintang kau tetap pilihan hati aku walaupun bulan semenjak kebelakangan ini sentiasa menyinari malam hari. Makin sinar cahaya.

Semalam bila duduk di bawah melihat bulan, air mata menderas mengalir. Bercakap seorang diri. Meronta-ronta cuba untuk kuatkan diri. Aku masih lemah. Yang menguatkan aku hanya lah kekasih. Aku lemah dengan kasih sayang. Kasih sayang yang diberi cukup hebat.

W : I tak nak tengok you macam ni. Sedih I
K : I macam mana?
W : You sangat childish, kalau you nak menangis, menangis depan I, jangan belakang. Tolong pandang I
K : You marah I kan?

Diam

K : You marah, Im sorry

Diam lagi

K : Im sorry, I tahu you marah
W : Sekarang you naik atas, kita mesege eh (usap kepala aku)
K : You tak jawab pun soalan I
W : Dah dah, jangan menangis lagi. I sayang you, sayang sangat-sangat (usap pipi aku sambil kesat air mata)
K : Im sorry
W : I tak marah you, I cuma sedih tengok you macam ni
K : Kalau I dah stress, I akan jadik budak-budak untuk happykan diri

Memang budak-budak. Aku buat bunyi ikan emas. Aku sering pandang ke langit, berkuat menginginkan hujan yang terlampau lebat, sebab aku nak mandi hujan. Aku masih lemah. Tetapi menjadi kuat bila kekasih ada.

Aku tersedar, dia sering ada, aku sering tak ada bila dia sakit. Ego aku terlampau ekstrem bila dia sesal, bukan secara sengaja. Maafkan aku. Mata aku masih buta, masih belajar.

Maaf.

1 comment:

Anonymous said...

mariana...
ketahuilah bahawa kekuatan terletak pada diri kita sendiri.
bukan pada orang lain.
sama ada kekuatan itu cukup kuat untuk menggembirakan, semuanya kurang pasti lagi.
apa yang penting, hati...
" walaupun air sungai mengalir kelaut, bila pasang ia akan pulang ke hujung kembali... "
masa akan merubah segalanya.
tunggu ye?