http://www.emailcashpro.com

Sunday, March 29, 2009

Biarlah

Biarkan aku sakit begini.
Biarlah.
Aku lebih suka menanggung sakit ini dari terus berubah baik. Aku lebih suka menanti keburukan dari menghalang ia datang.
Biarlah.
Sakit ini bukan nya sengaja. Ia datang bila aku tidak makan untuk beberapa tempoh jam yang lama. Bila ia datang aku diam, kerana khuatir membimbangkan orang lain yang sudah berkali-kali menolong aku. Aku tidak mahu sesiapa mengasihani aku dengan keadaan yang macam ni, kerana sakit aku bukan main-main. Bimbang akan digelar orang yang berpura-pura sedangkan perut ini sudah luka.
Bukan apa, aku masih kuat untuk berdiri. Jika aku lemah, akan aku jujur. Bila sudah jujur, ya masih lagi begini.
Hanya makan pil kuning yang ada. Tertinggal di Puncak.
Untuk mengelakkan sakit yang teruk, aku makan ikut masa. Aku makan bila hampir sakit.
Bila hendak berakhir aku tidak tahu, selagi aku makan ikut masa dan ubat yang diberikan. Tahu erti kata mual dan muak?
Aku bukan sengaja tidak mahu makan. Kadang kala terlupa, kadang kala terlepas pandang. Sudah biasa tidak makan, menjadikan aku lupa untuk makan. Benda ni semua terjadi bila, aku ingin kurus secara mendadak. Bodoh kan? Sebab kurus, semua jadi sakit. Biarlah sakit, aku yang menanggung.
Sakit ini akan pergi juga satu hari nanti.

2 comments:

Anonymous said...

MUNGKIN ANDA TERLEPAS PANDANG
mari kita hayati kembali dalam episode sebelum-sebelum ini bertapa sukarnya kekasih mencari pil kuning dan pil zantec untuk diri kamu..
tercungap-cungap dia berlari menghantar ubat..
anda tidak keseorangan menanggung kesakitan..
Dia ada bersama kamu..
mengapa mahu terus menanti kesakitan..
mencegah sebelum terjadi..
Anda bukan robot yang kebal.(kalau terminator takpe die kebal)
Sanggup melihat orang yang tersayang jatuh sakit??
SANGGUPKAH ANDA MELIHAT SI DIA SAKIT??TYPE KAN
ON PENADOL 123 UNTUK-YA DAN ON PENADOL 456 UNTUK- TIDAK.

AKU SAYANG KAMOO_CEPAT SEMBUH!!MGN

Anonymous said...

GODZILA LOVE KING KONG
me love you!
wanfi+wanfi and me love you
(i tak cakap tapi anonymous yang cakap)
heeeeee....