http://www.emailcashpro.com

Monday, March 9, 2009

Bercakap tentang malam ni

Akhirnya setelah dua bulan tidak berjumpa dengan mama, akhirnya dapat melepaskan rindu. Berjumpa dengan Haiqal dan Cicol. Rushdi dan Wan juga ada bersama.

Ada kejutannya.

Pertama, telefon berbunyi inginkan kekasih yang telefon, rupanya dari seorang teman yang tak disangka. Berbual macam tak pernah ada apa yang berlaku. Kemudian, terus menelefon kekasih rindu yang teramat kerana sehari suntuk dia sibuk bekerja.

Kejutan kedua, bila aku dihentam kerana konflik aku dengan jep.

Aku murung untuk seketika.

Kenapa orang masih tak faham? Kenapa orang masih menyalahkan aku? Sedangkan perasaan ni tiada siapa yang faham melainkan adik aku sendiri. Adik aku sendiri faham kenapa, sebab apa. Aku cuba jelaskan, tapi macam biasalah, gelak ketawa yang keluar dari mulut mereka. Mulut mengukir senyuman, tapi dalam hati jatuh menjunam-junam, rasa dipijak-pijak. Tiada siapa yang peduli.

Semua ni takdir.

M : Kakak, jangan buat hal lagi. Kakak jagalah Wanfi ni baik-baik

Aku ni terlalu kejam ke?

M : Mummy tahu kakak jenis yang macam mana

Ya aku memang sukakan hiburan. Tetapi ada masa aku fikir masa depan juga.

Aku akan jaga kekasih sebaik mana, semampu mana aku boleh.

Malam ni juga, aku berdebat habis-habisan tentang hak Melayu dan politik. Free thinker untuk malam ni. Memang habis pulun aku keluarkan kata-kata bisa aku sampaikan semua orang terdiam. Kalau katakan tentang politik, hampir sepuluh muka surat aku boleh habiskan.

Bercakap tentang malam ni, terlalu banyak kejutan. Kejutan yang terakhir bila kekasih tak reply mesege kerana terlalu penat sehinggakan dia tidur.

Selamat malam.

No comments: