Hari ni sudah masuk hampir dua jam aku menonton trek selebriti Akademi Fantasia. Dah lama tak menonton tv. Dah lama tak berkata-kata tentang realiti tv ini.
Mari mulakan.
Kenapa harus bukakan kepada warga Singapura? Kenapa harus bukakan kepada artis yang sudah menempa nama?
Sebab kenapa Akademi Fantasi buka peluang kepada Singapura.
1) Meraih populariti di Singapura
2) Menaikkan rating tv
3) Mencungkil bakat luar Malaysia
4) Menambahkan lagi drama
Sebab kenapa Akademi Fantasia buka peluang kepada artis Malaysia.
1) Menaikkan rating tv
2) Mendapat banyak tajaan
3) Sama dengan realiti tv yang lain
Geleng kepala.
Bosan lah.
Kata tidak mahu artis dari luar Malaysia, tapi ambil juga. Peliknya mengapa harus buka kepada artis Malaysia? Sedangkan mereka sudah peroleh populariti sendiri. Masuk kerana apa? Kerana ingin glamor?
Akademi Fantasia hanya bersandarkan pada glamor, bukan terus kepada bakat. Cuba lihat artis-artis yang keluar dari Akademi Fantasia, semua popular untuk masa yang singkat. Kemudian? Masih mencari-cari konsert untuk mencari makan, sedangkan duit poket pun tak ada apa.
Contoh positif yang ada pada bekas peserta yang aku tabik :
1) Mawi
2) Mila
3) Amelya
Bekas peserta ini sajalah yang aku nampak cuba-cuba-dan mencuba. Mawi pandai cari duit dengan membuka perniagaan music recordnya sendiri. Mila pula, cuba memasarkan albumnya ke Jakarta. Amelya masih tidak putus-putus mencuba untuk menonjolkan bakatnya. Sekarang, dia sudah buat lagu untuk Aliff, memang hebat.
Disebabkan itu lah orang yang masuk ke pertandingan realiti ini, jangan lupa diri. Jangan bangga dengan apa yang anda dapat selepas bergelar artis.
Artis-artis di Malaysia ni, terlalu ramai. Ramai dengan bakat tidak apa, ini ramai dengan drama dan glamor. Tak semua, segelintir. Tetapi segelintir ni yang mencemar mata.
Akademi Fantasia tak ada pun kelainan nya.
Tolong sesiapa di luar sana, jika ada idea yang lebih kreatif tolong tampil ke depan. Setiap orang ada hak untuk bersuara.
Kalau aku boleh jadi seperti V for Vendeta, dah lama aku akan tampil ke depan. Bukan saja berkata tentang realiti tv tetapi tentang politik juga. Tunggu masa yang sesuai.

No comments:
Post a Comment