http://www.emailcashpro.com

Friday, December 5, 2008

Tips kedua

Selamat kembali ke rancangan mengorat mangsa/membaham makan/memancing ikan. Kali ini saya akan memberi tips tentang mengorat perempuan :

Seperti yang kalian/duda/jantan/abang/adik/awak/encik/ tahu perempuan ini banyak jenis.

A. Perempuan yang murah
B. Perempuan yang berlagak hot
C. Perempuan yang huru-hara
D. Perempuan yang sempoi
E. Perempuan yang ayu
F. Perempuan yang naif

Dan macam-macam lagi.

Untuk target anda, adalah berlainan cara mengorat lelaki. Jangan risau, entri untuk seterusnya saya akan memberikan tips untuk lelaki mengorat lelaki dan perempuan mengorat perempuan.

Lelaki ego, itu semua tahu. Dan ego itu sangat seksi berbanding dengan mengalah sentiasa. Tetapi harus lah anda ego bertempat. Kalau ego anda tinggi melangit, bye-bye. Perempuan sekarang dah pandai fikir. Perempuan pun ada ego walaupun emotional (macam aku,cuma aku punya ego lagi tinggi,tak percaya tanya pada kekasih dan bekas teman baik)

Berbalik pada topik yang sebenar.

Jika anda nampak perempuan yang anda minat,jangan terlalu riuh. Kalau anda sedang bergurau dengan rakan-rakan, haruslah anda perlahankan suara kerana perempuan akan fikir "POYO GILA MAMAT NI". Jika anda paling diam di kalangan rakan anda, itu adalah perkara yang terbaik. Kerana perempuan lebih menyukai lelaki yang cool tidak gelabah konek. Jika anda menghisap rokok, jangan memandang ke arah perempuan semasa anda sedang menghembus asap rokok. Ini satu petanda tak baik.

Satu tips yang sama dengan cara mengorat lelaki ialah, mata sebagai peranan. Mata sentiasa yang terpenting dalam memainkan peranan. Bak kata orang "dari mata turun ke hati".

Anda sesekali jangan buat "sweeeettt" (betul ke ejaan) tolong fahamkan maksud. Anda sangat tidak jantan, jika memanggil perempuan dengan cara itu. Seeloknya anda yang pergi ke arah perempuan itu, jika perempuan itu memberi balasan yang baik. Jangan terlalu gelojoh.

Bermula dengan berkata "hai", kemudian menghulurkan tangan. Seharusnya barang seperti handphone/kotak rokok/kunci disimpan di dalam poket. Perempuan akan melihat kuku anda. Jika kuku anda kotor, tolong padamkan niat anda untuk teruskan. Jika kuku anda panjang perempuan akan fikir dua kali. Jangan menghisap rokok di depannya untuk kali pertama pertemuan. Ini tidak baik untuk penampilan. Perempuan akan mula menilai dari sini.

Memuji perempuan harus lah ikhlas seperti "Heii, I like your shoes", "I love your dress, its from (whatever place) right?", sekurang-kurangnya pujian yang jarang dipakai. Buang pujian seperti "Awak comel lah", "Hot gila you ni". Walaupun perempuan tersenyum gedik-gedik, dia tahu awak main-main.

Perempuan akan cepat jatuh cinta dengan lelaki yang memandang tepat ke arah matanya sambil menunjukkan ekspresi muka yang sangat berminat dan tertanya-tanya. Faham kan saja lah.

Jika perempuan itu bertanya "Kenapa pandang macam tu?" sambil tersimpul malu, bermain dengan rambut, memandang tempat lain itu tandanya awak dah agak berjaya sedikit. Anda harus lah menjawab "Sebab I nak kenal you dengan lebih rapat" , "Sebab I suka bila you bercakap lepas tu you main rambut", dan paling sempoi "Saja".

Tolong buat perkataan "Sebab cara you macam kawan I", "Sebab muka you macam ex-girlfriend I" perkataan ini haruslah dibuang jauh-jauh sebab buat apa anda ingin membandingkan dia dengan benda yang dah lepas. Itu tandanya anda masih ingatkan lagi bekas teman wanita anda. Perempuan benci.

Untuk meminta nombot telefon, harus lah dengan gaya. Jangan berdiri terhuyung-hayang dan bersepah.
"If you dont mind, can I have your number, incase nak ajak lepak ke apa?" (perempuan sangat berminat), buang jauh-jauh "boleh bagi nombor?" macam tak ada adab.

Lagi satu, bila berbual jangan terlalu riak, dan terlalu bercakap tentang MySpace. Jangan menunjukkan anda ni terlalu berlagak ataupun dikenali ramai.

Bila anda dapat nombor, seharusnya anda mengucapkan "Thanks" dengan senyuman yang ikhlas. Ataupun "I will call you", ataupun "Get ready for surprise" (awwwwwwwww) ataupun "Malam jangan tidur awal sangat" sambil tersengih ataupun ayat yang jarang diguna.

Sekian Terima Kasih.

No comments: