http://www.emailcashpro.com

Friday, December 12, 2008

Fakta tentang aku

Harus lah anda tahu untuk sebarang kemusykilan.

1) Aku manja

Bukan setakat manja. Manja yang teramat sampaikan aku boleh jadi Elmo (watak SesameStreet). Kekasih sahaja yang tahu aku manja yang macam mana. Kalau nak kenal lebih lanjut, harus lah bersedia kerana di luar aku tidak tunjuk kerana tidak kena dengan perwatakan aku.

2) Aku panas baran

Yang melampau. Tak percaya tanyalah sesiapa yang kenal aku. Aku tak boleh kawal sehinggakan aku boleh memijak kepala orang. Bukan memijak kepala dengan mengambil kesempatan tetapi dengan memijak kepalanya dengan kaki aku yang busuk.

3) Aku tak boleh ditegur tentang pakaian

Ya, itu semestinya. Aku kira siapa yang tegur aku tentang pakaian. Sedangkan mummy dan papa aku sanggup lebih kurang ajar, macam mana dengan orang lain pula kan? Aku tak kisah orang itu pangkat tinggi mana, badan besar balak, suara terpekik lolong, aku tak kisah. Jangan tegur pakaian aku.

4) Aku penyayang

Bukan nak bangga diri. Tetapi itu aku. Aku sayang orang, orang tak tahu. Aku tunjuk melalui perbuatan dan kadang-kadang aku diam.

5) Aku ego tinggi melangit

Tanya pada kekasih dan bekas teman baik aku, Shekin. Tidak pun bekas duda aku, Afad. Mereka tahu ego aku macam mana, sampaikan diaorang pun tak tahan. Untuk kali ini kekasih yang tahan dengan ego aku. Ego aku bila berdepan dengan orang yang aku terlalu sayang.

6) Aku pentingkan kawan

Sanggup berkorban. Lebih senang berkawan dengan lelaki dari perempuan.

7) Aku cepat mesra

Dengan orang yang mesra dengan aku. Aku mesra dengan orang yang lebih relax dan tidak banyak drama dalam hidup.

8) Aku terlampau suka dengan scene yang romantik

Aku akan menjerit sekuat hati aku. Ataupun duduk terlompat-lompat sambil menepuk tangan. Aku dengar cerita dari kawan tentang buah hati dia pun aku boleh terlompat-lompat. Walaupun orang cerita tentang kisah lama yang romantik pun, aku akan gembira lebih senyum sampai hidung.

9) Aku suka benda yang lasak

Seperti membawa kereta macam gampang (bak kata Shun), berimpian memiliki superbike. Berkawad juga aku minat. Camping aku minat jika aku tidak period dan lain lain.

10) Aku suka bunga ros putih yang over terlampau

Aku akan pengsan kalau aku dapat bunga ros putih yang banyak yang aku tidak jangka.

11) Aku mudah bergaul

Dengan sesiapa. Walaupun rempit sekali pun. Sebab apa, sebab aku dah banyak pengalaman untuk bercakap dengan macam-macam jenis orang. Orang yang bongkak, aku akan bongkak lebih.

12) Aku pandai main dengan situasi

Aku lebih suka psiko orang, bila aku dipsiko balik aku akan tahu dan buat tak tahu konon buat bodoh. Contoh yang kedua, bila masuk ke kedai yang mahal, harus lah berlagak kaya dan dabik dada. Orang akan hormat kot?

13) Aku tak suka berdrama

Aku pantang dengan orang yang tidak habis-habis dengan drama yang direka dalam hidup. Berfikiran tidak matang sampaikan aku boleh berdiam diri tak kata apa. Perbuatan aku yang akan main peranan.

14) Aku minat Victoria Beckham (Posh)

Dia idola dalam penampilan.

15) Aku lebih suka disamakan dengan Mariah Carey

Title ini aku dapat dari Afad dan melekat pada budak-budak yang tahu sahaja.

16) Aku pandai berkata-kata manis

Memang aku, tak ada komen yang lebih.

17) Aku akan tukar rambut

Setiap bulan dan sekarang setiap musim kerana sibuk di kampus. Masuk sem baru, aku akan tukar rambut baru. Dulu sebelum masuk ke kampus dan macam-macam style rambut yang aku buat. Botak je aku belum.

18) Aku minat modelling

Walaupun badan aku tidak memenuhi kehendak model, tetapi aku memang minat untuk menjadi model, kerana nampak berlagak.

19) Aku nafsu kuat

Itu semua tahu -.-

20) Aku kuat imaginasi/berangan

Bila orang sedang berbual, walaupun aku yang berbual, segala gambar-gambar akan keluar dalam kepala. Aku akan imaginasi dalam kepala. Contohnya, jika teman bicara tentang dia sedang potong bawang, itu yang aku akan bayangkan. Aku berangan banyak sangat sampaikan berangan itulah yang menjadi hasil tulisan aku. Sekarang ni aku malas nak buat cerpen macam dulu-dulu. Sebab semua idea kreatif aku sudah hilang disebabkan aku masturbated banyak sangat.

21) Aku lebih suka porn lesbian

Kerana benda ini sahaja yang menaikkan nafsu aku secara mendadak.

22) Aku minat seni

Katakan tentang apa sahaja tentang seni semua aku suka. Penulis, pengarah, penerbit (tak mungkin), model, wedding planner, birthday planner, pelumba F1, membuka salon, membuka butik, pembaca berita, ahli politik, inilah impian aku. Banyak kan?

23) Aku tidak tahan dengan orang yang lebih ego

Aku memang tak boleh, dan aku yang akan merana. Kalau ego yang boleh bekerjasama aku boleh tahan.

24) Aku kuat jalan

Tak boleh duduk rumah tanpa berbuat apa-apa melainkan badan dah terlalu penat ataupun minyak kereta tak ada. Minyak kereta ada aku jalan walaupun duit tinggal habuk.

25) Aku pandai baca orang

Hahahahahahaha (gelak macam cibai)

26) Orang tak boleh tipu aku

Orang yang rapat dengan aku, bila tipu aku akan terkantoi dengan sendiri. Mungkin itu satu gift untuk aku dari Tuhan. Ataupun orang memang tak boleh tipu aku, kerana gambaran penipuan akan keluar sendiri dalam kepala otak. Kalau orang tipu pun, aku akan diam buat-buat tak tahu sedangkan dalam hati tengah gelak-gelak macam evil.

27) Aku pandai berlagak sombong

Itu semua tahu

28) Aku pendengar yang baik

-____________- (tak salah puji diri sendiri)

29) Aku suka dimanjakan

Dengan kasih sayang. Orang yang mengendeng dengan aku pun tak apa.

30) Aku banyak bertanya

Walaupun benda yang aku sudah tahu. Contohnya

K : Baby, you sayang I tak?
J : I sayang you sangat sangat

K : Meiy, you sayang I tak?
M : Ya, I sayang

K : Rizal sayang kimie?
R : Sayang sangat

ALERT! Aku suka bertanyakan tentang "sayang I tak", "rindu I tak". Soalan ini yang akan selalu ditanya.

31) Aku protective

Itu yang aku rasa. Lagi-lagi tentang keluarga.

-------bersambung-----

No comments: