http://www.emailcashpro.com

Tuesday, July 8, 2014

Alahai. 

Terlalu banyak post yang hanya disimpan draft

--

Post akhir adalah tahun lepas. Ketiadaan post adalah disebabkan berkaratnya idea dan malasnya untuk sambung menulis. Tak macam dulu. Adakah ini disebabkan faktor usia yang makin meningkat maka banyak perkara yang ditinggalkan seketika sebab ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan?

Alasan--

Ringkasan life saya sejak post yang lepas adalah syukur-- Banyak perkara yang Tuhan tunjukkan malah Tuhan sentiasa memberikan saya peluang. Rezeki bukan hanya datang dari segi harta benda. Tuhan berikan mana yang paling penting untuk saya dahulu. Untuk bangkit balik semangat, sebagai peneman bila saya jatuh. Syukur--

Saya sentiasa yakin dan percaya dengan setiap sebab segala kejadian. Sebabnya itu untuk kebaikan, datangnya dari diri sendiri. Jika kita mengeluh menyoal kenapa rezeki kita tidak kunjung tiba atau terlalu lama, yakinlah pada Tuhan. Bukalah mata dan minda untuk melihat dari segi semua aspek. Kadang-kadang kita lupa tentang perkara yang paling kecil yang memberikan kita kesenangan bukan hanya dari segi duit tapi peluang dan pengalaman. 

Kadang terlalu gelojoh hingga terlepas moment yang best. 

Bagi kes saya, rezeki yang Tuhan berikan pada saya adalah semangat. Peneman--

Tuhan berikan yang mana paling saya perlukan. Penguat. Agar tidak rasa terlalu lemah untuk bersendirian, agar adanya harapan dan kongsi segala rasa. Cukup untuk sekarang. Melalui semangat, datangnya segala usaha. Untuk perbaiki hidup.

Kekayaan saya adalah ketenangan hati. Awak bagaimana?

Tuesday, December 10, 2013


Aku baru balik dari Pulau Pinang. Baru balik dari bercuti dan akhirnya lengkap satu keluarga. 

Subhanallah. Aku rasa amat bersyukur dengan pemberian nikmat yang diberikan Tuhan. Jujurnya aku dah lama tak merasai percutian yang benar-benar bercuti dan kali ini aku dapat. Benar-benar bercuti. Tanpa sebarang gangguan, tidak memikirkan tentang kerja. 

Tidak kelam kabut, cukup sempurna. Kami tak keluar berjalan, hanya chill di hotel dan laut. Malam pun jalan dekat night market Feringgi.

Aku rasa sangat tenang dan langsung tidak hiraukan perkara yang ditinggalkan di KL walaupun shooting minggu depan.
Laut di Feringgi tak macam di Kuantan. Aku tak berpeluang untuk mandi hanya berjalan di pantai sebab ombak Feringgi tak macam ombak Kuantan.

Ombak di Kuantan adalah ombak yang paling best dan paling seronok untuk mandi.


Percutian tanpa sebarang gangguan atau resahan adalah nikmat percutian sebenar.

Syukur atas peluang nikmat ini.

Thursday, November 14, 2013

Kadang aku tergelak dengan ujian yang Tuhan berikan. Bukan mengejek. Tapi betapa hebatnya DIA untuk menyedarkan kita dan berikan petunjuk. Allah itu Maha Penyayang. Aku mohon agar dilindungi dari sebarang kesakitan, maka begitu cepat dimakbulkan walaupun kebenaran itu agak susah untuk aku terima. 

Aku bersyukur. 

Bersyukur kerana tidak terlalu lama meletakkan harapan kerana takut nanti jatuh tersungkur susah nak bangun. 

Dalam minggu ni aku mengalami masalah dengan menghadapi masalah sendiri tanpa sokongan dari sesiapa. Kadang itu mahu juga ada antara teman yang tanyakan khabar dan ikhlas menadahkan telinga untuk mendengar. 

Aku tak salahkan sesiapa. Aku sendiri yang menjauhkan diri dan tidak mahu bercerita. Patutnya jika aku ingin kongsi rasa sedih, aku lah yang cari teman. Ya dak? Ke salah? Ke dua dua tak pasti? Entah lah.

Hebat sungguh ujian yang Tuhan berikan kali ini. Setiap kali akhir tahun. Setiap kali itu. Aku bertarung dengan emosi. MasyaAllah. Aku yakin Tuhan menyayangi aku dan tidak mahu aku terlajak dari landasan. Tidak mahu aku jauh menyimpang. Tidak mahu aku terusan buat dosa yang berkali aku minta keampunan dariNya mahupun dilindungi dari buat perkara yang sama. 

Ini adalah petanda bahawa aku perlu mencari ketenangan sepertimana aku merasainya penuh kesyukuran akhir tahun lepas, selepas jiwa aku ranap yang paling teruk. Ketenangan lah yang paling aku mahukan untuk aku rasa bebas dengan rasa, bebas dari sebarang negatif, bebas dari semuanya. 

Dengan hanya melihat keindahan ciptaanNya, mengenali dengan bermacam orang, explore tempat yang sangat rare, mengalami pengalaman baru yang berikan keterujaan. JUJUR AKU RINDU RASA ITU. Aku sangat bahagia dan tenang waktu itu. 

Aku perlukan balik rasa itu untuk aku baik pulih semangat dan harapnya aku dapat bertemu dengan jodoh yang sebenar.

Sunday, November 10, 2013

Bismillah...

Hujan lebat sekarang di waktu subuh sapi'i. Aku masih lagi bermain dengan perasaan dan akal. Cuba mencipta imaginasi di mana boleh mendatangkan semangat untuk aku terus kuat dan sentiasa bahagia dengan apa yang ada. 

Aku rasa tidak salah jika satu ketika kita ingin beremosi. Bukannya satu negatif. Luahan emosi itu kadang boleh melepaskan rasa beban dalam hati. Kongsi dengan orang yang kita percaya. Rasa disayangi bila orang peluk dan bisikkan "bersabarlah, kamu kuat."

Sekarang aku hanya bercakap dengan diri sendiri dan memeluk hati sendiri. Aku rindu ingin kongsikan rasa sedih dengan seseorang dan menangis sama sama. Semangat dari kawan-kawan sebenarnya menguatkan lagi semangat kita kerana masih ada lagi orang prihatin. Tapi dalam situasi aku...

Aku sejenis makhluk yang senang kongsikan kasih sayang. Yang menjaga anak-anak dengan perhatian dari seorang ibu. Sehinggakan aku sendiri tidak terjaga kerana terlalu sibuk menjaga orang lain. Bagiku tidak salah, kerana aku sememangnya ikhlas dan tidak pernah berkira. 

Cumanya satu ketika, aku penat. Bukan mengungkit, jauh sekali. Aku penat untuk menjaga dan melihat keadaan orang-orang yang aku cukup ikhlas kongsi rasa sayang sampaikan bila aku mahukan pelukan dan semangat tiada siapa yang datang berlari untuk tanyakan khabar. 

Percayalah...walaupun aku sentiasa memberikan semangat dan nasihat tidak semestinya aku seorang yang terlalu kuat bila berdepan dengan situasi yang meranapkan emosi. Aku juga mahu dimanjakan. 

Dengan siapa aku mahu jadi jujur? Ya, hanya dengan Tuhan yang sentiasa mendengar aku mengeluh dan mengadu. Mengadu pada Tuhan seperti berbual dengan rakan. Tuhan itu sentiasa ada dengan aku. Aku yakin dan percaya di setiap kejadian sentiasa ada sebabnya. Mungkin Tuhan memberi peluang pada orang orang yang memerlukan untuk aku ada bersama. Untuk aku terus mengajak berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. 

Dan aku percaya...satu hari nanti Tuhan akan pertemukan aku dengan seorang lelaki yang akan menjaga tanpa aku meminta. Tanpa aku berlari, tanpa aku bertanya. 

Aku langsung tidak simpan dendam dengan orang orang yang mengklasifikasikan aku dalam kategori 'insan yang teruk/tak guna'. Jika ingin lihat waktu dulu, betapa buruknya perangai hingga tidak sedar membuka aib sendiri. Banyak dosa yang aku tayangkan pada semua orang tanpa sedar meletakkan persepsi buruk. Aku sendiri bukan orang lain. 

Aku banyak belajar dari kesilapan dengan petunjuk yang Tuhan berikan. Syukur sebelum lagi terbabas. Aku percaya peluang untuk berubah sentiasa ada, dan aku juga percaya bahawa ada masih lagi orang percaya tentang belajar dari kesilapan. 

Aku tak mahu buang masa dengan memikirkan persepsi orang terhadap aku, kerana aku tahu mana yang benar dan Tuhan sentiasa tunjukkan kebenaran. Aku dalam kalangan orang yang teraniayai. Dan tak pernah aku mendoakan perkara yang tidak elok pada orang yang buat buruk pada aku. Aku sentiasa mendoakan agar Tuhan lapangkan hati mereka dan tunjukkan kebenaran. 

Orang yang ikhlas datang, aku depakan tangan memberikan pelukan kasih sayang. Once you become my friend, you're apart of my family. 

Orang yang tidak pasti, aku depakan tangan memberikan pelukan kasih sayang tanpa berkira. Once you fuck up, I will forgive you and I wont bother about you anymore. I dont need negative people to wasting my time.

Wednesday, October 30, 2013

Kali ni aku tak bohong. Tak bohong setiap hari aku mahu untuk kongsi dengan Neverland. Serious tak bohong. Dan pada waktu ini, sudah tiba masanya aku tidak lagi berdiam diri. 

Serba salah dengan diri sendiri. Kenapa perlu rasa takut dengan luahan sendiri? Kenapa perlu takut dengan apa yang kita rasa dengan apa yang akan jadi?

Sendirian lagi. Bukanlah mengeluh atau minta simpati. Tak pernah. Jatuh bangun sendiri. Paling sakit bila bertarung dengan jiwa dan akal. Akal mahukan itu, hati mahukan ini. 

Sejak kejadian akhir tahun lepas yang membina kehidupan yang lebih baik telah banyak membantu aku dari segi pemikiran yang matang dan jangan biarkan emosi mengawal diri. Aku sentiasa bersyukur pada Tuhan kerana sentiasa mendengar dan memberikan petunjuk setiap kali aku memohon. Aku yakin bahawa Tuhan melindungi aku dan sentiasa membawa aku ke arah kebaikan. 

Bagi aku perubahan yang amat drastik tidak akan membawa apa kesan melainkan aku melepaskan satu demi satu dengan berdepan dengannya dan belajar darinya. Aku bukanlah di dalam kategori manusia yang melarikan diri dari masalah. Aku juga bukanlah di dalam kategori manusia yang berdendam mahukan pembalasan dengan menunjukkan bahawa kita boleh buat yang lebih baik. 

Aku sendiri tertanya bagaimana orang boleh bawa rasa benci dan dendam dengan begitu lama. Tidak penatkah mereka sentiasa membenci? Sedangkan orang yang dibenci tidak pernah fikir tentang orang yang membenci. 

Jadi kenapa perlu hirau? 
Dengan ihsan dan kasih sayang dari Tuhan aku berjaya menolak perkara yang aku paling takut untuk hilang. Dimana kekuatan itu datang semuanya dariNya. Aku telah melepaskan dengan penuh rasa sayang, tak langsung ada benci. 

Naluri atau hasutan. Aku juga bersyukur kerana naluri aku tidak bercampur aduk dengan hasutan dan hampir kesemua detikan naluri aku tepat. Masih lagi dalam peringkat belajar dan tak akan pernah berhenti belajar. Walaupun kadangkala aku jadi amat sedih bila nampak kebenaran sebelum kejadian. Contoh situasi bila aku mula berminat ingin kenal dengan seorang lelaki, niat sebenar dan apa yang difikirkannya aku ketahui tanpa dikeluarkan dari mulutnya. Semuanya tertunjuk atas tingkahlakunya dan petunjuk yang aku mohon pada Tuhan. 

Dalam ayat kasar yang lain "dont bullshit a bullshitter" atau "jangan tipu seorang penipu" di mana aku telah menjadi mantan penipu. Eh! Semua orang menipu. Dalam situasi aku, aku tidak lagi menipu dengan menyakiti orang lain dan untuk kepentingan nafsu setan sendiri. 

Sudah cukup. 

Sudah cukup untuk aku bercinta dengan orang yang tak pasti. Sudah tiba masanya untuk aku bercinta dengan orang yang ikhlas dan ingin mengahwini. Aku sudah penat untuk mulakan bibit perkenalan yang akhirnya membuahkan harapan kemudian harapan itu jadi punah. Dan lagi, lagi dan lagi. 

I dont want to be with a man that are still not ready for a serious commitment and not even ready to leave a party lifestyle.

Aku baru saja 23 tahun, dan aku percaya umur tak menentukan kematangan seseorang. Aku sudah puas dengan keseronokan nafsu yang hanya sementara. Aku mahukan kebahagiaan yang berkekalan. 

Aku tidak mahu risau dengan apa yang orang fikirkan tentang diri aku dan aku tidak perlu bersungguh menjelaskan pada orang tentang kebenaran walaupun aku dicaci. 

I know myself better, and GOD always be with me. As long, am happy with my life and family that's all matter to me.  Hiduplah dikelilingi dengan kasih sayang, bukanlah hidup untuk duit.