http://www.emailcashpro.com

Friday, October 29, 2010

Awak buat saya kecil hati, sebab awak tak tanya pun keadaan saya bila saya memerlukan awak.

Selain dari itu, saya sebenarnya rindu seseorang tapi tak nak mengaku, sebab malu nak mengaku takut rindu sendiri, dia tak rindu kita pun.

Sedaya upaya untuk memahami ETR, tapi masih itu juga susah nak faham. Kepala ni terpaksa senyum menerima ilmu yang memang susah nak diterima sebab aku tak suka berkaitan dengan business mahupun kira-kira.

Tuesday, October 26, 2010

Lagi sekali tak mampu nak besarkan mata macam Cha.

Aku malas nak tidur. Kalau tidur takut terlajak. Sekarang dah pukul 809. Perut dah main seruling. Padahal malam semalam, aku makan Nandos. Itupun terpaksa makan sebab takut kecilkan hati Papa. Aku dah kenyang sebenarnya.

Semalam dapat gift dari mummy tercinta. Dua helai baju dari *tooot* <3

Sekarang ni nak tunggu gift dari Papa pula. Nak duit, atau kereta, atau iPhone, atau sewaktu dengannya?

Tak sabar nak jumpa dengan loverboy kejap lagi. Aku tahu sekarang ni tengah kuak lentang, sambil berdengkur. Ishk tak senonoh betul.

Semalam dalam kereta riuh macam pasar malam nak cari rumah sewa punya pasal. Macam keling bergaduh laki bini tahu tak. Tunjuk sana, tunjuk sini, kepoh sana, kepoh sini. Can you imagine in one car? Dengan bunyi radio yang memekak lagi. Kalau lagu best tak apa, ini lagi membingitkan telinga yang memang dah berdarah semalam disebabkan nyamuk masuk dalam telinga.

Kulit telinga terkopek.

Mummy kata nak pergi Cambodia dengan Papa (ada perasaan cemburu sedikit)

Enough Mariana. Pergilah berak.

Monday, October 25, 2010

Tak mampu lagi aku nak edit gambar. Kena tunggu Suraya lah gamaknya.

Makin lama aku sayang dengan budak ni. Nama dia Nurul Ain. Ok dia dah berpunya. Aku tahu ramai member laki aku tanya pasal dia. Sorry lah babe, dia dah ada Shafiq Hernandez.

Apa motif aku post entri pun aku tak tahu.

Sunday, October 24, 2010

Oh I just love them so fucking bad. Thanks for the surprises. Terima kasih kepada Fariz belanja tengok wayang cerita RED. RED memang terbaik. Sequel untuk Expendable. Sebab Bruce Willis bersara dah. Terima kasih kepada owner kedai makan, yang belanja saya makan "Birthday girl tak payah bayar lah"

Memang terharu sampai angin dalam perut asyik keluar (maknanya kentut). Terima kasih kepada gadis-gadis gila kesayangan saya yang buat kejutan sebab saya dah lama tak dapat kejutan sebenarnya :')
Tiga hari berturut-turut hari jadi aku disambut. Tadi mummy bawa makan The Garden. Lagi sedap Chilis sebenarnya.

Nak tunggu handbag dari Carlo Rino. Nak tunggu duit untuk shopping sebab tak lama lagi nak praktikal. Nak tunggu kereta dibasuh sebab dah bau tengik (serius tak tipu)

Mood : Rindu dengan Wanfi

Friday, October 22, 2010

--tatapan--

Ok ini gambar muka berlagak comel. (padahal memang comel pun, ha-ha-ha)Yo, sungguh cerah di hari malam ya. Haaaa ambik muka hodoh.

Untuk tidak menyakitkan mata...
Ambik lagi gambar cantik yang perasan hot.

Berikan tepukan gemuruh kepada Nana kerana berjaya sponsor webcam kepada saya. Saya tahu banyak betul gambar mengarut saya dalam folder kamu. Tapi saya tahu kamu sayang saya (gelak gedik sambil tutup mulut)

Baju yang dipakai memang berkaitan dengan entri. Sebab warna putih. Hadiah hari jadi paling best sebab semua warna putih. Beg putih. Baju putih. Bunga ros putih. Teddy besar putih yang sangat besar hasil bagian dari Epul, Mamu, Boy, Faliq dan Fariz. Ishk ishk.

Aku sebenarnya tunggu orang belanja aku lepak-lepak-jimba untuk hari jadi.

Tuesday, October 19, 2010

Gambar hanyalah sekadar tetapan. Tiada kena mengena dengan entri.

Ok kalau anda semua sedia maklum, aku memang jarang update blog disebabkan huru-hara dekat kampus yang tak habis-habis sampai wireless dekat rumah dah rindu aku agaknya.

Masalah berbakul-bakul dah macam perut aku juga. Memang tak heran pun pasal badan.

Orang kata kalau asyik bergaduh pasal tak cakap 'I love you' akhir ayat, maknanya rindu tapi sengaja cari pasal.

Thursday, October 7, 2010

Bila dalam keadaan yang memaksa untuk otak berfikir secara waras, berpuntung rokok aku balun.

Dalam fikiran sekarang tengah berfikir apa yang betul atau tidak. Dia mengaku dia menyesal. Dia mengaku betapa seksa hidup tanpa aku. Kadang-kadang aku rasa rama-rama. Kadang-kadang aku rasa takut. Sebab aku takut benda yang sama akan berulang lagi.

Tapi orang yang buat kesalahan, akan tetap akan buat. Kita perlu menerima. Walaupun dipijak. Memang hati aku lembut. Tapi aku tak fikir hanya untuk diri aku. Sebab setiap manusia, perlu diberi peluang untuk berubah.

(berfikir kejap)

Rasa nak peluk-peluk dan tumbuk-tumbuk kau.