http://www.emailcashpro.com

Monday, February 1, 2010

Surat untuk invisible

Untuk masa sekarang aku dalam keadaan yang serba salah. Menjadi senyap. Menjadi malas untuk berkata.

Kenapa?

Sebabnya mungkin kerana sukar untuk berbincang, dan kadang kala aku mementingkan diri. Maaf. Aku pun tidak tahu kenapa aku berkelakuan begini sehinggakan aku menangis secara terpaksa. Bukan menangis secara sendiri. Menangis meneran, awak tahu macam mana?

Untuk sekarang aku mahu perasaan yang dulu. Hari-hari penuh dengan kejutan. Hari-hari penuh dengan keterujaan. Semua benda ini bukan salah bukan?

Aku tersepit.

Nak pergi jauh-jauh semata-mata ingin mencari diri sendiri.

Tolong beri rama-rama dalam perut boleh?

Mungkin sebab aku tiada siapa ingin meluahkan, simpan berbuku buku dalam hati. Sehinggakan aku menjadi penat.

Salah aku ke?

Emosi yang tidak menentu, dan banyak mendiamkan diri membuatkan aku menjadi benci dengan diri sendiri.

Hai,

Saya Mariana Shahira.

No comments: