http://www.emailcashpro.com

Monday, November 30, 2009

--tatapan--

Inilah hasilnya

Saturday, November 28, 2009

Awak tak tahu

Saya nak mencari gambar gambar yang boleh describe perasaan saya, tapi tak boleh. Sebab tak tahu macam mana nak cari. Sedangkan boleh search sahaja di Yahoo!

Sekarang ni aku rasa kosong. Kosong terlampau kosong. Aku makan terlampau banyak & aku tidur terlampau banyak. Benda itu semua normal kan?

&& sebenarnya aku tak ada mood nak masuk kampus pada sem depan.

Aku nak tangguh entah kenapa. Bila perasaan kosong ini muncul timbul lah bermacam idea yang tidak munasabah sehingga membuat keputusan di luar jangkaan.

Awak tak tahu situasi saya sekarang macam mana.

Kau tak faham, dan aku tak faham.

*diam pandang dinding hijau seketika*

Peluk aku cepat.

Aku aku aku aku buntu sangat sangat -____-

Awak tak tahu.

Thursday, November 26, 2009

Ucapan

Balik kampung enjoy habis habis.

Tuesday, November 24, 2009

Gedik betul

Pagi tadi aku bangun tersengih-sengih dan berangan-rangan, sebab loverboy monkey sangat romantik pagi tadi. Sorry baby, I nak juga post apa you hantar dekat I :D

Yang, I dah nak bertolak ni. i lambat bangun tidur. Apa apa pun I love you even more shangau2 love you sangat,love you sangat sangat
9:51 am

Call me back sayang, I really miss you
10:01 am

Sayang, I love you. Jangan bangun lambat lambat ya? I dah ontheway pergi gua tempurung ni
11:01 am

I love love you sayang, muah2! geramnya kat sayang I sorang ni
11:09 am

I janji I tak nakal, tapi biasalah monyet kan memang nakal. Hee, I love you my lovely sayang muah2.. I LOVE YOU MARIANA SHAHIRA!!! I SAYANG YOU !! GILA CINTA
11:17 am

Engkau orang semua boleh tak bayangkan monkey ni ayat rama-rama?

Gedik, tapi buat saya tersenyum sampai sekarang. Rindu nak bau ketiak.

Ayat rama-rama

Aku suruh loverboy monkey tu hantar mesej romantik dan comel yang boleh buat aku tak tidur dan ini adalah usaha dia untuk memenuhi kehendak aku dan juga balasan kerana dia terlampau sibuk dengan kerja.

I love you so strong, strong like a billion metal. I miss you very strong like billion time we dont ever meet. I need you so strong like I need my food every day. I like you so strong because you are my sweety sweet heart. I really love you cause I really really love you lah..muah muah

Nak tahu apa aku reply?

K : You ambil ayat siapa ni baby?

Tak jahat cuma terkejut.

W : I ambil masa lima minit fikir ayat yang sesuai. You tengok lah grammar I tunggang langgang

Tak kisah lah grammar awak tunggang langgang tapi awak buat saya jatuh cinta lagi dengan awak. Sangat comel buat saya geram.

Dia cakap "you, Khamis ni I balik Perak, kalau nak jumpa, boleh jumpa kejap dalam sejam dua lah"

Aku tahu dia rindu, tapi buat cara macho dia.

Dia cakap lagi "you tak tahu I rindu you macam mana"

Saya senyum gedik.

Disebabkan awak punya ayat rama-rama tu, diet saya terbunuh.

Nak makan ni -____________-

Ucapan

Saya minta maaf kalau awak semua makan hati. Cuma saya jujur di sini, bahawa saya memang tidak suka dalam keadaan yang macam ni.

Minta maaf dengan ikhlas bukan main-main.

Jom main ice-skating walaupun saya tak pandai.

Saya hulurkan buah epal dengan bersalut coklat tanda minta maaf.

K-A-W-A-N

Susah nak menjadi seorang matang ni kalau masing masing berpaling ke arah permasalahan.

Cukup.

Tahu mana cukup?

Atau mahu saya katakan cukup dengan semua pertelingkahan dan saling memalukan sama sendiri?

Cukup?

Salah yang dinampak akan diungkit sampai bila bila, dan itu memang tidak boleh disangkal. Cuma adakah kesalahan itu boleh dimaafkan ataupun tidak. Ataupun dilupakan atau tidak.

Ada orang boleh maafkan dan tidak lupa. Ada orang tidak boleh maafkan dan tidak boleh lupa. Ada orang boleh maafkan dan lupakan saja.

Itu semua bergantung kepada semua individu sama ada mahu terus hipokrit ataupun tidak. Mahu bermanis mulut ataupun tidak. Kadang-kadang bermanis mulut bukan kah ia adalah salah satu langkah untuk kedamaian dan melupakan semua sengketa? Walaupun ianya memang palsu dan hipokrit.

Cuba kalau kita beri peluang kepada masing-masing untuk berkata benar & cuba mendengar dan memahami semua pihak bukan hanya berpihak kepada sebelah pihak. Cuba anda meletakkan di situasi di mana anda dihamun tanpa diberi peluang untuk bersuara?

Awak cuba untuk kuat dan cuba untuk lupakan tapi awak masih tidak lupakan?

Pernah tak awak terfikir bahawa orang yang mengadu tentang awak, adalah orang yang akan menolong awak? Pernah tak awak terfikir dan memahami betul betul apakah maksud sebenar seorang kawan.

Kawan untuk kawan.

Kawan untuk bekerja.

Kawan untuk mengadu.

Kawan untuk bergossip.

Kawan untuk teman susah.

Kawan untuk berhibur.

Semua ada klasifikasi. Awak semua boleh meletakkan setiap individu di ciri-ciri atas berikut. Bukan? Ada orang boleh berkawan, tetapi tidak boleh bekerjasama. Ada orang boleh berkawan, tetapi tidak boleh bercerita tentang rahsia. Ada orang boleh berkawan, tetapi hanya untuk berhibur.

Sebenarnya kawan sebenar itu akan datang bila kita sendiri yang sedar bahawa siapa diri kita sebenar. Siapa diri kita untuk meletakkan seseorang itu dalam satu posisi yang buruk.

Awak boleh bezakan di mana perangai buruk dan kawan yang jahat?

Boleh tak?

Kalau awak tak boleh maknanya awak tak matang lagi.

Situasi pertama :

Aminah suka berkata laha. Menyakitkan hati orang. Seorang yang pengotor tidak pandai menguruskan diri. Siti seorang pendengar yang baik, sentiasa menenangkan orang apabila berada dalam masalah.

Kalau saya cakap Aminah seorang yang berperangai buruk tetapi dia seorang kawan yang baik macam mana. Dan bagaimana pula dengan Siti yang berperangai seperti malaikat tetapi seorang kawan yang jahat.

Tidak semestinya pendengar yang baik merupakan kawan awak yang sebenar.

Awak setuju dengan saya tak?

Nak bercerita tentang kawan, saya sudah berjari lima penuh tentang pengalaman berkawan. Saya boleh beza mana yang kawan betul, mana kawan yang hanya untuk kawan sahaja. Cuma masing masing simpan sendiri.

Memang betul kita sudah masuk ke alam Uni di mana masing masing berpelakuan matang.

Jadi boleh hentikan semua ini tak?

Kalau betul suka, tunjuk awak suka. Kalau betul tak suka, tunjuk awak tak suka.

Kawan di mana, walaupun tidak rapat dengan kita, dialah merupakan orang yang paling selesa kita bersama.

Memaafkan dan melupakan adalah keputusan setiap individu. Kerana setiap individu yang mengalaminya.

(mari peluk beramai-ramai)

Hentikan semua ini. Tidak perlu memalukan sesama sendiri. Kalau betul tak suka, simpan sendiri. Kalau suka, tunjuk dengan kebanggaan.

Pendamaian adalah punca kebahagiaan.

(saya senyum berharap)

Mulut orang memang tidak boleh nak tutup, tetapi mungkin ada sebab kenapa berpelakuan begitu. Cuma kita kena selidik secara baik, dan mencari punca kenapa dan cuba untuk memahami.

(mari peluk sekali lagi)

Jangan sedih-sedih. Hilang kawan tak bermakna hilang nyawa. Tetapi hilang kawan bermakna hilang kepercayaan terhadap maksud kawan itu sendiri.

Monday, November 23, 2009

Tarik nafas panjang

Fuuuhhhh fuuuhhhh fuuuhhhh tarik nafas panjang Mariana. Awak boleh buat ni.

Lagi sekali aku dapat maklum balas daripada pihak kementerian, dan mereka menyarankan aku menghantar kertas kerja dan surat rasmi.

Tolong doakan kejayaan kami yang akan membikin filem pendek 'Iklan' yang berkaitan dengan 1 Malaysia. Nantikan tayangan ini di Pancha Delima.

(senyum takut)

Boo-hoo

Im sick and tired. Try to make things clear, but nothing happen.

Boo me.

Laugh at me.

Try to hit me, so I can wake up in reality not in fantasy.

Come on, hit me. I dare you.

Sunday, November 22, 2009

Pee-pee

Hari-hari petang pun nak hujan & aku sering kali masuk ke tandas membuang air kecil yang agak banyak walaupun lima minit baru masuk tandas. Tak ke hebat tu? Kesimpulannya, aku memang tak boleh tahan dengan sejuk, dan aku memang tidak suka dengan air-cond yang terlampau kuat sebab saya ada resdung.

Tadi pergi ke Gloria Jeans di Sunway, dan untuk pertama kalinya aku naik ke pentas dengan adik-adik pada jam hampir sebelas malam kerana semua orang tidak ada masa itu. Aku dan adik-adik yang kepala sama dengan aku, miming ikut lagu dan konon-konon buat ada band. Lantak lah, papa punya kedai, dan manager memang tak boleh buat apa.

Nana rosakkan stand mike. Dan gigih membetulkannya.

Sekarang ni saya amat rindu dengan loverboy sampaikan saya memakai kemeja tanpa berseluar.

Friday, November 20, 2009

Mari tolong saya

Saya dalam proses untuk mencari bagaimana style rambut saya kemudian hari. Minggu depan merupakan transformasi saya. Ssssshhhh jangan beritahu loverboy, dia tidak tahu (senyum). Inspirasi pertama daripada Angelina Jolie. Aku terlampau suka nak buat rambut yang weavy macam ni, sebab nampak terlalu seksi. Gggrrr
Atau saya perlu memotong rambut saya menjadi pendek begini?
Iklan sekejap *horny*
Inspirasi kedua dari Megan Fox dengan warna rambut yang begini?
Anda jangan cepat percaya dengan gambar di atas, kerana tipu belaka sebab photoshop. Hakikatnya peha Rihanna besar ok.
Back to the story, Ijat memberi cadangan untuk membuat rambut pendek seperti Rihanna, tetapi saya tidak mahu potong. Nak simpan rambut panjang atas permintaan loverboy walaupun rambut pendek membuatkan karakter saya kuat dan terlampau seksi.
Engkau orang semua tak tahu bahawa, aku terlampau minat dengan rambut begini.

Boleh tolong saya, dan cuba bayangkan muka saya lekat dekat badan mereka.

*mati*

Thursday, November 19, 2009

Tebuan

Baru dapat berita bahawa perempuan tu masuk HUKM sebab kena sengat dengan tebuan. Kesian, kalau aku rajin tentu aku akan pergi ke sana dan melawat.

Saya tepuk tangan kuat kuat sambil tersenyum bangga dengan loverboy sebab dapat job dekat Line Clear sebagai pengarah untuk The Making Of filem Ratu. Loverboy sengaja nak bagi aku cemburu mengatakan bahawa budak budak Ratu mengorat dia. Sengaja je kan (tumbuk dinding)

Tak apa, aku tak beritahu dia yang budak budak lelaki dekat karaoke hari tu minta nombor telefon aku (gelak galak tanda evil)

Hari ini hari pertama loverboy kerja, jadi saya mencari teman teman untuk menemani saya.

Wednesday, November 18, 2009

Konon nak jadi macam Fazura

Semalam tengahari pergi karaoke dengan budak budak gila ni di Ampang Park. Menunggu Ika dan Naz untuk datang end up duduk makan di laksa.

Naz : Jom pergi PD
Weena : Jom!!

Aku dan Hana terkebil kebil kerana mengingatkan duit di dalam poket yang hanya tinggal habuk sahaja. Entah kenapa papa bagaikan malaikat kerana memberikan kebenaran, dan ini adalah salah satu kerja gila kerana terpaksa menghimpit enam orang di dalam kereta. Mujur kereta Darweena, kalau kereta aku? -.-

Maaflah kualiti gambar tak berapa nak elok sebab menggunakan camera handphone sahaja. Malam bertolak dengan hujan yang menyejukkan kenderaan dan berkali kali saya membuang air kecil.

Perjalanan menjadi sakit apabila empat orang duduk di belakang dan saya yang terpaksa mengalah hingga ke Bangi. Sepanjang perjalanan, kami semua main teka-teki bodoh yang berkenaan dengan nombor yang sedia maklum saya memang tidak suka, tapi saya dapat menjawabnya (gelak hambar)

Sampai di Nilai, Hana bertukar ke kereta skandalnya. Dan akhirnya saya mendapat posisi yang sangat selesa. Mereka semua membawa pasangan masing-masing dan saya membujang sekejap tapi memang sakit hati sebab semua pasangan berpelukan dan berpegangan tangan. Aku macam nak menangis lagi lagi tempat pantai yang kami lepak tempat Valentine aku dengan loverboy masa dulu. (shit!)

Lepak di pantai, dan berjumpa dengan Marissa si minah rempit yang kenit. Dan tujuan untuk datang mandi laut di bawa ke pagi esok. Saya telah sunburn (senyum dengan muka separuh hitam yang menampakkan gigi putih saya)
Konon nak jadi Fazura dalam Pisau Cukur, Weena beli topi ini. Serius aku cakap melihat Weena dan Hilmi, melihat Ika dan Naz menimbulkan perasaan cemburu yang membuak-buak (b**i lah!) Sebab aku dah lama tak dapat macam ni -_______________________-

Engkau orang boleh bayangkan tak, aku memakai tuala berjalan jalan di Port Dickson? Aku lihat muka aku nampak kurus, tapi badan tak kurus juga (b*d*h betul)

Saya ada satu sifat yang tak boleh tinggal.

-MENCARUT-

Monday, November 16, 2009

Saya tersenyum bangga sekarang

Bila dapat malum balas daripada orang yang kita tak sangka, aku rasa nak mandi hujan di luar sambil berbogel dan menjerit jerit suka.

(berangan)

Tak sangka dapat maklum balas daripada Razaisyam.

Tak sangka dapat maklum balas daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tapi sekarang aku tengah menunggu maklum balas daripada Komas.

Apa pun, saya nak senyum sambil tepuk dada kejap.

Terkedu

Aku rasa nak ambil pisau dan cuba toreh apa yang patut.

Kenapa manusia kena ada hati? Sebab ada hati ini lah kalau kena sakit, bukan main merana.

(tepuk dahi berkali-kali sambil air mata meleleh-leleh)

Aku penat, sangat penat. Menjaga hati orang tetapi hati sendiri tidak terjaga sampaikan di satu tahap memang tiada siapa yang aku ingin mengadu.

Hilang sekelip mata.

(pening)

*diam dan menangis*

Adakah kecantikan itu adalah salah satu unsur untuk menjayakan sesebuah hubungan?

Jawapan : Ya
Alasan : Kalau tak cantik, akan buat kita bosan, dan rasa malas nak jumpa sebab selekeh
Kesan : Orang yang tidak sepatutnya kena, terpaksa merana dan makan hati. Orang yang dijaga hati itu tersenyum

Sekarang ini boleh menilai tak siapa yang sayang kerana ikhlas, dan siapa sayang kerana penampilan?

*bodoh*

Karma dan balasan memang kena setimpal dengan aku. Sumpahan yang dikenakan oleh jantan keding itu memang kena tepat dengan aku. Sebab kesakitan apa yang dia rasa, aku rasa sekarang.

Boleh fikir tak kenapa aku boleh bertahan hingga sekarang?

*diam dan menangis*

Aku sudah tidak ada sesiapa ingin mengadu.

Aku nak orang peluk aku dan tenangkan aku, tolong lah (sudah terlampau desperate)

Tolonglah lihat air mata ini mengalir dengan diam. Tolonglah bangkitkan aku dari jatuh. Tolonglah kata bahawa kau orang semua care dengan aku.

Tolonglah ada rasa simpati, dan kata sayang pada aku. Peluk aku dengan kuat dengan penuh kasih sayang.

Adakah aku ini sukar untuk difahami? Adakah sukar untuk memahami Mariana Shahira Binti Shahrul Azlan ini?

*menangis menjurai-jurai*

Tolong datang ketuk pintu rumah aku, dan terus peluk aku. Katakan kau ada bila aku susah. Katakan kau ada untuk aku bercerita. Tetapi air mata inilah yang akan bercerita lebih.

Sunday, November 15, 2009

Makan besar

Tadi aku pergi ke Low Yat dengan papa sebab nak activekan GPRS pada iPhone, tapi tak boleh. (aku rasa nak maki hamun, tapi aku diam sekejap) Balik tu, terus masak untuk makan besar sebab Acu yang perasan macam Amy Search dan sering kata nak diet, padahal nasi bertambah datang ke rumah bersama keluarga.
Papa memang suka masak Western, dan aku memang terer kalau masak Western, Itali dan ke arah kebaratan, tetapi bukan ketimuran.
Lihat Acu sedang basa paper di bawah, dan kami struggle di dapur. Tapi aku sempat captured moment ni dengan handphone, jadi gambar tak seberapa baik.
Disebabkan keadaan dapur yang kecil dan agak panas, Ojum dan Caca menghala kipas bilik ke dapaur. Tetapi...
Kemunculan budak gedik ini berdiri sahaja di depan kipas, angin kipas tidak dapat masuk ke dapur. Konon-konon macam Marilyn Monroe, tapi versi tepi bukan bawah. Dengan isi yang agak banyak masuk ke dalam perut, saya tak nak makan nasi lepas ni. (azam tahi ayam saja)

Satu je ai minta

PELUK

Saturday, November 14, 2009

--tatapan--

aku rindu kau

Iklan

Jangan main gila dengan orang yang sudah gila, dan jangan perbodohkan orang yang sudah bodohkan kamu

Friday, November 13, 2009

Pilihan

Sekarang ni saya lapar sangat -.-

Saya nak makan Chesse Pizza dengan Papperoni. Nyum nyum (ternganga sambil air liur meleleh).


Tapi cuti sem ni saya nak diet, macam mana?
Takkan nak makan roti bakar dengan telur sahaja? -____________-"

One slice pun jadilah. Belanja cepat! (sambil buat muka garang dengan tadah tangan minta duit) Kalau nak tampar saya kemudian.

Rama-rama dalam perut

K : Baby, tadi soalan susah gila. Nak menangis, nak you hug I baby :(
W : Same la dgn soalan i..meh duduk atas riba i..i peluk you kuat2..
K : (muncung) bau bau bahu you. *tooot* *tooot* *tooot*
W : Hee :)..xpe2 u jangan layan dorg..nnt blk sane i tendang dorg ye? dah2 jgn menangis..i nyanyi lagu untuk u..
teringat slalu wajah kekasih ku, di saat kau jatuh aku datang, tenangkan jiwa mu, jangan menangis hapus air mata mu, ku kan tetap disisimu..tenang,sayang, ku pasti akan datang, yakin la aku menjemputmu..ini syurga kita, tiada yang meguasainya, tempat kita bercanda dan bercinta
Baby, I miss you already padahal semalam you halau I balik cepat sebab tak nak tengok I menangis. You jahat, sebab lambai dari tingkap I turun dari eskalator. Nak menangis tapi I tahan. I menangis sepanjang jalan I ke kereta. You jahat sebab peluk I kejap je, sebab takut tak dapat lepaskan I. Padahal mata you bergenang air mata.
(diam dan termenung sekejap)
Tadi paper teori memang 'terbaik'. Saya menjawab dengan penuh kesabaran tidak tahu apa akan jadi markah saya nanti.
2012 saya sudah tonton. Saya senyum dengan bangga serta mendada, dan anda dapat pasti bagaimana kehebatan ceritanya.
Mood sekarang memang rindu terlampau dengan loverboy (masam mencuka)

Wednesday, November 11, 2009

Berfikir tentang komplot

Kau dan aku sama sahaja. Mereka dan mereka sama sahaja. Kami dan kamu sama sahaja. Kau dan kau sama sahaja. Semua orang sama. Nak tahu apa yang sama?

Hipokrit.

Semua orang ada, dan kadang itu semua orang tak sedar bahawa kita bercakap buruk tentang orang yang kita pernah rapat. Aku juga pernah buat silap macam tu. Aku bukan sebaik Nabi untuk mengatakan bahawa aku ini boleh diam kan sahaja dan tersenyum. Kadang-kadang bila pendam dipijak. Kadang-kadang bila bersuara pun dipijak. Jadi apa yang perlu kita buat?

Aku buat tak tahu. Sebab bila fikirkan nanti akan makan diri. Sebab kawan yang pernah kita rapat dulu, mungkin akan menjadi orang yang paling jauh. Dulu rapat berkata-kata manis, semua kebaikan nampak. Bila sudah berjauhan, semua keburukan nampak. Jadi adakah sewaktu rapat itu semuanya pura-pura? Ataupun sewaktu sudah jauh ini, baru mahu tunjuk belang?

Atau pernah kah anda terfikir bahawa, semua ini disebabkan situasi. Bukan kerana belang baru tunjuk, tetapi dengan situasi.

Mengeluarkan istilah bahawa setia berkawan, janganlah sekali. Kerana kawan itu boleh datang dan pergi. Kadang-kadang pergi bila kita senang, datang bila susah. Jadi kawan itu boleh dianggap sebagai kawan sejati? Sebenarnya boleh.

Tidak semestinya orang yang rapat dengan kita, akan memahami kita. Orang yang jauh itu boleh kenal kita macam sudah lama kenal.

Bukan baru sedar, tapi sudah lama sedar. Bila rapat, semuanya indah. Bila jauh, semuanya buruk. Kenapa harus jadi macam ni? Mungkin kerana dendam dan marah. Bukan kah lebih baik jika berkata depan dan sembang dengan elok tentang perkara yang sudah lama anda pendam dan cuba jelaskan kenapa anda berpelakuan begitu?

Orang kata ini orang kata itu.

End up masing masing sakit hati.

Sebab itu aku lebih suka berkawan dengan semua orang. Tidak mahu ada apa-apa ikatan, kerana dengan ikatan dan kelompok akan meletakkan kita dalam masalah di mana, bila kita sudah dipulau dengan siapa lagi kita mahu berkawan. Berkawan dengan orang yang kita pernah berkata buruk?

Semua orang boleh berubah bila ditegur.

Kepada sesiapa yang pernah berkawan rapat dengan sesiapa, katakan secara benar secara berdepan dan berdamai. Bukan kah itu lebih elok, dari memalukan diri masing-masing? Dan memalukan orang lain?

Aku juga pernah menjadi budak-budak di mana aku memalukan orang lain, dan meluahkan rasa marah. tetapi itu satu tingkah laku normal setiap manusia. Meluahkan rasa marah, tetapi tidak perasan kita menjatuhkan orang lain. Kepada sesiapa yang terguris, aku senyum dan meminta maaf. Setiap kesilapan kita akan sedar bila sudah banyak kali terjadi.

Kadang-kadang kita masih buat silap yang sama.

Tak pernah terfikir bahawa orang yang kita berkata buruk, akan menjadi orang yang berada di sisi kita apabila memerlukan orang untuk mendengar?

Aku belajar, bahawa jika tidak puas hati cakap dengan benar. Aku tidak mahu hipokrit lagi.

Berfikir tentang komplot untuk menjatuhkan orang lain memang rasa seronok, sebab buat ramai-ramai. Tapi pernah anda terfikir apabila anda meletakkan situasi pada mangsa keadaan? Terpinga-pinga mencari alasan kenapa diperlakukan begitu?

Tak sabar

Nak jumpa dengan budak-budak gila ini membuatkan aku agak teruja sebab dah lama tidak mencapap dan meronggeng. Hana awal-awal sudah booking aku untuk menonton 2012. Kesimpulannya aku harus menonton 2012 sebanyak tiga kali. Pertama dengan loverboy pada esok hari. Kedua pada hari Isnin depan bersama Hana dan gegirl. Ketiga bersama adik-beradik pada Sabtu depan.
Belum cuti tapi sudah dibooking (gelak macam cipan)
Semalam malam aku belek-belek blog orang, dan aku terjumpa seorang perempuan ini yang aku tak kenal, tapi entah kenapa dia curi post aku. Kalau satu post tak apa, ini lima post dia curi. Konon itu kisah dia. Dan seharusnya aku menulis "get your own life bitch", dan pada hari ini saya membuka blog beliau, sudah tidak ada blog beliau. Siapakah beliau?
Cuti ini berangan nak naik ke Genting bersama gegirl.
Esok tentu mata aku akan bengkak kerana melihat melepaskan loverboy selama satu bulan setengah (kesat hidung garu mata)

Thursday, November 5, 2009

This is it

Masterpiece from Kenny.

Terasa lagi kehilangan dia, dan membuatkan aku tersangat rindu. Melihat dia bercakap lembut dengan semua orang dan tidak pernah meninggikan suaranya.

He's great performer.

Aku teramat kagum dan berjoget joget di dalam panggung wayang. Betapa ruginya penonton yang sudah membli tiket konsertnya, dan tidak dapat menonton. This is it merupakan tebusan untuk itu.

Terbaik. Saya angkat ibu jari tangan saya sekali dengan ibu jari kaki saya dengan penuh mendada.

(terjumpa Mell sekali)

I really miss you MJ

Wednesday, November 4, 2009

Dah lama tak beranjing

-- entri ini tidak sesuai dibaca lagi oleh orang yang tidak terbuka serta berdengki --

Sudah lama nafsu tidak dilayan malah tidak ada mood untuk melayan. Disebabkan bebanan kerja dan masalah yang timbul jadi bil air tertunggak berkali-kali. Dan akhirnya terlalu banyak untuk dibayar kelak bersama loverboy.

Baru-baru ini aku berimpian ingin pergi bercuti dengan loverboy di sebuah pulau hanya aku dan dia sahaja. (berangan) Dan aku berkeinginan untuk memiliki sebuah katil dihiasi dengan bunga-bunga ros putih.

Godzilla, cepatlah masuk meminang supaya kita boleh buat macam-macam.

Untuk mood sekarang, terlalu romantis sehinggakan aku rasa nak muntah sebab baru lepas makan spaggetti.

Tuesday, November 3, 2009

Selamat ulang tahun kepada Fira

Walaupun sudah lapan hari berlalu, saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke - 20 TAHUN kepada Firah An-Nur Binti Nazri.

Sem ini merupakan sem perkenalan rapat antara kita berdua, && aku bersyukur kerana dapat mengenali dengan lebih rapat kerana aku tahu siapa kawan sebenar && kau adalah salah seorang kawan sebenar.

Moga tahun tahun yang akan mendatang, kau akan terus menjadi kawan aku, dan aku akan setia menjadi kawan kau yang sebenar.

Selamat Ulang Tahun sekali lagi.

31109

Aku tak nak tipu, jadi aku cakap dengan perempuan tu yang aku rindu dia. Jadi kesimpulannya, memang aku rindu. Aku tak mengharapkan apa-apa, cuma aku jelaskan aku pun tidak tahu kenapa aku harus bertindak dengan buat muka tahi pada dia, sedangkan tiada permasalahan.

? : Theres nothing to be explain yang. We'll fix it together ok. And by the way, I miss you too, and I miss our moment together.

Dan kami berdua merancang ingin pergi karaoke sama-sama (senyum segan)

Kepada ikan yu,

Ai masih tak suka sama yu. Yu bau busuk. Yu jalan sebelah ai, ai tak nak pandang dan senyum. Sebab yu tak jujur. Yu cerita belit belit. Patut jalan pun macam belit. Lagi-lagi perangai. Yu jangan buat muka baik, tegur tegur ai, sebab ai tak suka langsung dengan yu. Kalau ai tak suka, ai tunjuk lah. Kalau ai suka, ai tak nak pun kawan dengan yu. Yu yang tak ada pepek, jangan berlagak macam ada pepek. Kalau dah ada telur buat macam ada konek. Jangan bersimpang siur ya yu?

Memang patut ai buat decision awal-awal untuk pergi, sebab kalau lama-lama entah apa perangai yu hambur pada ai. Yu jangan bajet kuat yu. Yu jangan bajet semua orang tak boleh tegur yu. Yu jangan bejat yu je boleh bersuara orang lain tak boleh yu. Yu ni memang pantat hamis berkudis. Dah tak ada pantat, ai bagi yu pantat ya?

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa, saya dapat iPhone untuk hari jadi saya pemberian papa (senyum sampai telinga).